Saturday 10 December 2011

Contoh Lembaran Kerja



Lembaran Kerja

Nama: ..........................................................                         Kelas: ..............................

Jawab soalan-soalan di bawah.


1) 45 sen + 35 sen =







2) RM26 + RM 18 =

3) RM35.70 + RM10.60 =







4) 100 sen + 45 sen =

5) 80 sen + 40 sen =







6) RM4 + RM7.50 =

7) RM10.50 + 40 sen







8) 60 sen + RM2.20 =

Aktiviti yang Melibatkan Wang...


Aktiviti jual beli yang melibatkan penggunaan wang yang berlaku dalam kehidupan seharian...

Thursday 8 December 2011

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Untuk topik Penambahan Wang Sehingga RM50...

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Matapelajaran           : Matematik Tahun 2
Topik                          : Wang sehingga RM 50
Sub topik                    : Penambahan wang sehingga RM 50
Masa                           : 30 minit

Objektif pembelajaran:                                                                                            
Menggunakan dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang di dalam kehidupan sebenar.

Hasil pembelajaran:                                                                                                    
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1.      Menambah wang sehingga RM 50.
2.      Menambah wang yang melibatkan unit sen sahaja.
3.      Menambah wang yang melibatkan unit RM sahaja.
4.      Menambah wang yang melibatkan unit RM dan sen.

Pengatahuan sedia ada:                                                                                             
Murid telah mempelajari operasi penambahan nombor bulat sebelum ini. Murid juga biasa membeli beberapa barangan dalam satu masa dan mengira jumlah harga yang perlu dibayar.

Bahan bantu mengajar: 
      Bahan maujud beserta harga (beg, bekas pensel dan sebagainya), model wang dan buku teks.


Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Set induksi:   

1.      Guru menunjukkan dua barang yang baru dibeli dan terdapat tanda harga padanya.
2.      Guru bertanya kepada murid berapa jumlah wang yang telah dibayar dan bagaimana mendapatkan jawapannya.
3.      Murid menjawab dan menyatakan harga wang tersebut perlu ditambah berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Langkah 1:

1.      Guru menunjukkan dua bahan maujud beserta dengan harganya dan meminta murid menyatakan jumlahnya.
2.      Murid menjawab soalan dengan menambah dalam bentuk lazim.
3.  Guru memperkukuhkan kefahaman murid dengan menerangkan dan menunjukkan cara menambah wang dengan lebih terperinci.

Langkah 2:

1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid .
2.      Murid menjawab lembaran kerja sambil guru membimbing murid yang lemah.
3.      Guru berbincang dengan murid mengenai jawapan lembaran kerja tersebut.

Refleksi/penutup:

1.   Guru merumuskan bahawa operasi penambahan wang adalah sama dengan penambahan nombor bulat, kecuali yang mempunyai unit RM dan sen.
2.    Aktiviti pengukuhan, guru memberi latihan sebagai kerja rumah kepada murid yang menggunakan buku teks.

Pentaksiran:

1.      Lembaran kerja
2.      Kerja rumah.

Wednesday 7 December 2011

Tuesday 6 December 2011

Jom Belajar...

Boleh digunakan sebagai set induksi berkaitan tajuk wang...


Sambil menonton, boleh mengajak murid-murid menyanyi bersama-sama...

Monday 5 December 2011

Santai...

Pantun Guru

A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan

Sudah kita sedia maklum bahawa ilmu matematik adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Boleh dikatakan setiap urusan melibatkan penggunaan matematik. Malahan urusan yang remeh-temeh pun melibatkan ilmu ini. Jadi, lahirnya blog ini diharap dapat memberikan sedikit bantuan kepada sesiapa yang mencari maklumat berkaitan ilmu ini... Matematik sebenarnya tidaklah susah...