Thursday, 8 December 2011

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Untuk topik Penambahan Wang Sehingga RM50...

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Matapelajaran           : Matematik Tahun 2
Topik                          : Wang sehingga RM 50
Sub topik                    : Penambahan wang sehingga RM 50
Masa                           : 30 minit

Objektif pembelajaran:                                                                                            
Menggunakan dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang di dalam kehidupan sebenar.

Hasil pembelajaran:                                                                                                    
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1.      Menambah wang sehingga RM 50.
2.      Menambah wang yang melibatkan unit sen sahaja.
3.      Menambah wang yang melibatkan unit RM sahaja.
4.      Menambah wang yang melibatkan unit RM dan sen.

Pengatahuan sedia ada:                                                                                             
Murid telah mempelajari operasi penambahan nombor bulat sebelum ini. Murid juga biasa membeli beberapa barangan dalam satu masa dan mengira jumlah harga yang perlu dibayar.

Bahan bantu mengajar: 
      Bahan maujud beserta harga (beg, bekas pensel dan sebagainya), model wang dan buku teks.


Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Set induksi:   

1.      Guru menunjukkan dua barang yang baru dibeli dan terdapat tanda harga padanya.
2.      Guru bertanya kepada murid berapa jumlah wang yang telah dibayar dan bagaimana mendapatkan jawapannya.
3.      Murid menjawab dan menyatakan harga wang tersebut perlu ditambah berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Langkah 1:

1.      Guru menunjukkan dua bahan maujud beserta dengan harganya dan meminta murid menyatakan jumlahnya.
2.      Murid menjawab soalan dengan menambah dalam bentuk lazim.
3.  Guru memperkukuhkan kefahaman murid dengan menerangkan dan menunjukkan cara menambah wang dengan lebih terperinci.

Langkah 2:

1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid .
2.      Murid menjawab lembaran kerja sambil guru membimbing murid yang lemah.
3.      Guru berbincang dengan murid mengenai jawapan lembaran kerja tersebut.

Refleksi/penutup:

1.   Guru merumuskan bahawa operasi penambahan wang adalah sama dengan penambahan nombor bulat, kecuali yang mempunyai unit RM dan sen.
2.    Aktiviti pengukuhan, guru memberi latihan sebagai kerja rumah kepada murid yang menggunakan buku teks.

Pentaksiran:

1.      Lembaran kerja
2.      Kerja rumah.

No comments:

Post a Comment